Bahas isu Sulu akan dedah strategi Malaysia, kata Azhar


Chan Kok Leong

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata usul mengenai rampasan aset Petronas oleh tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak kerana perbahasannya di Parlimen akan mendedahkan strategi kerajaan untuk menanganinya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Julai, 2022.

USUL mengenai rampasan aset Petronas oleh tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak kerana perbahasannya di Parlimen akan mendedahkan strategi kerajaan untuk menanganinya, kata Azhar Azizan Harun.

“Mahukah kita berbincang, dan sedang perbincangan itu berjalan maka terserahlah strategi kerajaan untuk buat itu dan ini?

“Dan akan adalah kritikan terhadap tindakan kerajaan yang akan dibuat dan telah dibuat, maka pihak yang satu lagi boleh membacanya,” kata speaker Dewan Rakyat itu pada sidang hari ini. Beliau merujuk kepada pihak lawan dalam prosiding litigasi

Perbincangan mengenai tuntutan warisan kesultanan Sulu juga katanya akan secara tidak langsung akan merosakkan kepentingan kerajaan di dalam prosiding mahkamah.

“Kita sedang mempertahankan kedaulatan kita dan kemudian kita hendak dedahkan strategi kepada orang lain? 

“Adakah kita mahu menunjukkan strategi kita kepada dunia? Mahukah kita berbuat begitu?” katanya.

Azhar seterusnya berkata menjadi tanggungjawab beliau menjadi untuk memastikan strategi negara ini tidak didedahkan kepada pihak luar. 

Beliau menjawab Mohamed Hanipa Maidin (Sepang-PH) yang bertanya mengapa speaker menolak usul supaya isu kesultanan Sulu dibahaskan di Parlimen. – 20 Julai, 2022.     

Berita penuh di sini
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen