Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera


Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter itu dikesan pada 7.46 pagi ini. – Gambar fail EPA, 20 Julai, 2022.

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 7.46 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 62 kilometer (km) selatan dari Bengkulu itu berlaku pada kedalaman 63 km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 20 Julai, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen