Guru mungkin diizinkan bawa senjata di AS


Presiden Donald Trump bersalaman dengan presiden kelab pelajar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, Florida dalam pertemuan di White House, semalam. – Gambar AFP, 22 Februari, 2018.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada guru membawa senjata bagi mengelak berulangnya kejadian tembakan rambang besar-besaran di sekolah menengah negara itu.

Dalam satu pertemuan penuh emosi bersama pelajar dari Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, Florida di White House, presiden itu melontarkan idea berkenaan sesetengah guru perlu dilatih dalam penggunaan senjata api untuk menghalang penembak.

“Sudah tentu ia hanya terpakai kepada mereka yang sangat mahir dalam mengendalikan senjata,” kata Trump.

“Ia tindakan yang tersembunyi, di mana guru akan membawa senjata bersama mereka tetapi secara tertutup. Mereka juga akan menjalani latihan khas dan bila mereka ada di situ, maknanya tidak akan ada lagi zon bebas senjata.

“Kerana bagi orang gila, zon bebas senjata memberi maksud mereka boleh masuk dan serang.” – AFP, 22 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen