Tajuddin tak digugur sebagai duta Indonesia, kata sumber


Chan Kok Leong

Sumber rapat dengan Pejabat Perdana Menteri menafikan Ahli parlimen Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Julai, 2022.

AHLI Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman tidak digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, kata sumber, menafikan laporan portal Free Malaysia Today hari ini.

“Laporan itu tak betul,” sumber rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu The Malaysian Insight.

“Cuma watikah pelantikannya belum dikeluarkan, ditangguh.”

Perkara itu disahkan seorang lagi sumber dalam Pejabat Perdana Menteri.

Free Malaysia Today (FMT) petang tadi melaporkan nama Tajuddin tiada dalam senarai terbaharu penerima watikah pelantikan duta daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Laporan memetik sumber itu menyebut kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” kata sumber dipetik FMT. – 11 Julai, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen