Duterte diselar halang laman web buat liputan acara rasmi


Jurucakap Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata presiden itu telah memutuskan untuk melarang wartawan Rappler membuat liputan masjlisnya atas alasan 'kurang percaya'. – Gambar EPA, 21 Februari, 2018.

TINDAKAN Presiden Filipina Rodrigo Duterte melarang sebuah laman web yang sering mengkritik kerajaan membuat liputan rasmi di istana rasminya diselar oleh kumpulan media, dengan berkata tindakan itu mengancam kebebasan media.

Laman web itu, Rappler, yang ditubuhkan pada 2012 merupakan antara organisasi berita Filipina yang berbalah dengan Duterte mengenai liputan yang mengkritik perang dadahnya yang didakwa kerajaan Filipina telah membunuh 4,000 suspek.

Jurucakap Duterte berkata presiden itu telah memutuskan untuk melarang wartawan Rappler membuat liputan masjlisnya atas alasan “kurang percaya”.

Pemerhati berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Humans Rights Watch berkata langkah duterte itu “mengancam kebebasan media”.

Tindakan Duterte itu susulan laman web tersebut juga dipaksa ditutup, selepas pengawal selia korporat kerajaan pada bulan lalu mendakwa Rappler melanggar larangan perlembagaan terhadap pemilikan asing media tempatan.

Sejak memegang tampuk kuasa pada 2016, Duterte secara terbuka menyerang media lain yang mengkritik dasarnya.

Selala lalu, pengawal-pengawal Duterte menghalang wartawan Rappler memasuki istana rasmi Duterte. Dia kemudiannya dibenarkan menghadiri sidang akhbar jurucakap Duterte, namun melarang membuat liputan ketika presiden itu berucap. – AFP, 21 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen