Kalwant Singh jalani hukuman gantung 


Elill Easwaran

Kalwant Singh dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Singapura. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2022.

SINGAPURA menghukum mati rakyat Malaysia, Kalwant Singh pagi ini kerana mengedar dadah, menurut aktivis Kirsten Han.

Menerusi hantarannya di Twitter, beliau berkata pihak berkuasa Singapura menyerahkan segala harta benda dan sijil kematian kepada keluarga Kalwant.

Kalwant ditahan pihak berkuasa Singapura atas tuduhan dadah pada 2013 dan dipenjarakan sejak itu.

Mahkamah Tinggi Singapura mensabitkannya kerana mengedar 120.9g diamorphine.

Semalam, permohonan terakhirnya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman ditolak.

Pada April, seorang lagi rakyat Malaysia, Nagaenthran Dharmalingam, 34, dihukum gantung walaupun memohon pengampunan kerana mempunyai kecacatan dari dari segi intelek. Rayuannya pada saat-saat akhir ditolak.

Beliau ditangkap pada April 2009 dan dijatuhi hukuman mati pada 2011 di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, kerana mengedar 42.7g diamorphine secara haram

Sejak 2010, 14 rakyat Malaysia, 11 daripadanya berbangsa India, dihukum mati di Singapura.

Terdapat lapan lagi rakyat Malaysia yang menunggu hukuman mati di republik itu. – 7 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen