Kebobrokan bermaharajalela jika rakyat tidak buat apa-apa, kata Anwar


Chan Kok Leong

Walaupun ada kritikan terhadap pentadbiran Pakatan Harapan, kerajaan 22 bulan itu bukan langsung tiada guna, kata Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 Julai, 2022.

RASUAH dan salah guna kuasa akan kembaki bermaharajalela sekiranya rakyat memilih untuj tidak berbuat apa-apa, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

“Kita berhadapan pilihan sama ada memilih yang baik atau membenarkan kebobrokan berkmaharajalela, dan tiada orang yang waras akan memilih rasuah dan kezaliman,” katanya pada persidangan yang disertai aktivis dan pemimpin masyarakat di Petaling Jaya. 

“Tetapi jika kita memilih untuk menjadi sinis dan menolak politik, akibatnya lebih ramai rakyat akan menderita.”

Anwar berucap pada Sidang Nadi Rakyat yang menghimpunkan lebih kurang 200 peserta terdiri daripada aktivis dan kumpulan propembangkang.

Sidang itu menyentuh lima isu pokok iaitu pendidikan, pengangkutan awam, kos sara hidup, wanita dan belia, serta seni dan budaya.

Sidang sehari itu yang dipengerusikan ketua PKR Kedah Ahmad Kasim menjadi ruang mendengar suara aktivis dan pemimpin masyarakat mengetengahkan isu-isu rakyat.

Menurut Anwar, beliau sedar akan kritikan terhadap kerajaan PH yang mentadbir antara Mei 2018 hingga Februari 2020 namun mempertahankan pentadbiran 22 bulan itu bukanlah langsung tidak berguna.

“Walaupun ada kelemahan, Pakatan juga ada beberapa menteri yang bagus.

“Anthony Loke, misalnya, menteri pengangkutan yang prihatin kerajaan mana yang ada menteri pertahanan yang berani mendedahkan penyelewengan di kementeriannya,” katanya, merujuk setiausaha agung DAP dan seterusnya presiden Amanah Mohamad Sabu.

Namun Anwar mengingatkan sekiranya pengundi memilih untuk tidak mengundi hanya kerana mereka kecewa dengan PH, jurang kemiskinan akan lebih melebar dan lebih ramai rakyat yang sengsara.

Jika kita memilih untuk menjadi sinis dan menolak politik, akibatnya lebih ramai rakyat akan menderita, kata Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 Julai, 2022.

Bimbang undi Melayu

Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau bimbang dengan pengundi Melayu yang cenderung memilih mengikut sentimen dan bukannya fakta.

“Saya cuak apabila tengok pilihan raya negeri Melaka dan Johor yang hanya 9 peratus dan 7 peratus saja pengundi Melayu yang memilih kita (PH),” katanya.

Jelasnya, walaupun pentadbiran PH berjaya meningkatkan kedudukan Malaysia dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah Transparency International daripada tangga 61 ke 51, orang Melayu tetap menolak mereka.

“Kita dijatuhkan atas sentimen kaum dan agama, dan kerajaan baharu menyebabkan negara kita di tangga 62. Kalau kita tidak berjaga-jaga, kita akan duduk di tangga 70.

“Tetapi pengundi Melayu nampaknya tidak peduli terutama apabila dua presiden mereka sekarang dibicarakan kerana rasuah,” katanya.

Mohamad Sabu bimbang dengan pengundi Melayu yang cenderung memilih mengikut sentimen dan bukannya fakta. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 Julai, 2022.

Mohamad berpendapat jika rakyat terus membenarkan politik kaum dan agama berkuasa, Malaysia akan jadi seperti Sri Lanka, yang sedang berhadapan krisis kerana salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Demografi Sri Lanka sama macam Malaysia. Tetapi apabila mereka benarkan kaum majoriti (Sinhalese) buat apa mereka suka dan sokong rasuah, negara rugi dan sampai ke suatu peringkat sehingga tidak boleh bayar hutang.

“Hendak jadi macam Sri Lanka? Saya serta kepada tuan-tuan,” katanya.

Sidang itu juga dihadiri pemimpin kanan PH antaranya Loke dan presiden Upko Wilfred Madius Tangau dan beberapa ahli parlimen gabungan itu antaranya Dr Maszlee Malik, Khalid Samad, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Sidang ini dianjurkan menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun depan. – 2 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen