Barcelona kuat kuasa larangan merokok di kawasan pantai


Sejak bandar itu menjalankan projek perintis di empat kawasan pantai pada musim panas lalu terdapat penurunan ketara dalam kalangan mereka yang merokok di pantai. – Gambar EPA, 1 Julai, 2022.

BARCELONA pada Jumaat mula menguatkuasakan peraturan  larangan merokok di kawasan pantai.

Sejak tiga bulan lalu. rakyat sudah dimaklumkan mengenai penguatkuasaan undang-undang itu yang bertujuan menjadikan 10 pantai di bandar itu bebas asap rokok, lapor Agensi Anadolu.

Sejak bandar itu menjalankan projek perintis di empat kawasan pantai pada musim panas lalu terdapat penurunan ketara dalam kalangan mereka yang merokok di pantai.

Kira-kira 20% penduduknya merokok setiap hari.

Sementara itu, tinjauan dewan bandaraya Barcelona mendapati lebih 80% penduduk menyokong usaha menjadikan pantai kawasan bebas asap rokok.

Barcelona ialah bandar pertama di Sepanyol yang menguatkuasakan larangan merokok di pantai dan trend itu turut diikuti bandar-bandar lain.

Menjelang Mei 2022, kira-kira 550 pantai di seluruh Sepanyol bebas asap rokok, peningkatan mendadak berbanding 2014.

Mereka yang melanggar peraturan itu dikenakan denda sebanyak 30 euro (AS$31.37). – Bernama, 1 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen