Adam Adli mahu perkukuh Pemuda PKR sebelum PRU15


Noel Achariam

Ketua Pemuda PKR Adam Adli berkata perkara paling penting ialah mengenal pasti masalah dihadapi sayap pemuda di setiap bahagian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Julai, 2022.

SAYAP Pemuda PKR perlu diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan fokus utama menangani perpecahan dalaman, kata ketua sayap baharu itu Adam Adli Abd Halim.

Beliau berkata perkara paling penting ialah mengenal pasti masalah yang dihadapi sayap pemuda di bahagian tersebut, sambil menambah pasukan baharu yang diketuainya akan meneliti rancangan jangka pendek dan panjang.

“Kami mengenal pasti lebih 30 bahagian yang mempunyai isu di mana mereka berdepan masalah seperti tidak cukup korum, penaja dan lain-lain perkara. Ini terutamanya dengan sayap pemuda.

“Matlamat utama adalah untuk memulihkan bahagian ini, seperti di Sarawak di mana terdapat banyak perpecahan. Perak berada dalam keadaan baik dan Kelantan mempunyai banyak potensi dengan PKR akan bertanding.

“Kami mahu memberi rakyat di kawasan ini pilihan bahawa PKR ada untuk mereka.”

Beliau berkata pelan jangka pendek itu adalah persiapan menghadapi PRU15.

“Jika kita masuk ke PRU15 tanpa menangani isu yang wujud dalam parti, maka kita mungkin mendapat keputusan yang sama seperti pilihan raya sebelum ini (hilang kerusi),” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Rancangan jangka panjang akan memberi tumpuan kepada memulihkan kekuatan parti selepas PRU15 dan memulihkan rangkaian akar umbi.”

Adam berkata PKR mempunyai 222 bahagian di seluruh negara, malah parti tradisi lain seperti Umno, PAS dan DAP tidak memilikinya.

“Kita sudah kenal pasti lebih 30 bahagian yang mempunyai isu di mana mereka menghadapi masalah seperti tidak cukup korum, penaja dan lain-lain perkara. Ini terutama berkaitan sayap pemuda.

“Matlamat utama adalah untuk memulihkan bahagian-bahagian ini, seperti di Sarawak di mana terdapat banyak bahagian. Perak berjalan dengan baik dan Kelantan mempunyai banyak potensi untuk PKR masuk bertanding.

“Kami mahu memberi rakyat di kawasan ini pilihan PKR ada untuk mereka.”

Pelan jangka pendek Pemuda PKR adalah persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, kata Ketua Pemuda PKR Adam Adli. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Julai, 2022.

Dua bekas aktivis pelajar – Adam dan Fahmi Zainol – berjuang untuk menjadi ketua Pemuda PKR dalam pemilihan parti pada Mei lalu.

Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, Adam memenangi undian selepas lawannya mengaku kalah selepas ketinggalan dalam undian.

Keputusan tidak rasmi pemilihan PKR menunjukkan Adam mendahului dengan 1,762 undi. – 2 Julai, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen