India naikkan cukai import emas, atasi defisit dagangan


Jurang dagangan semakin meningkat, memberi tekanan kepada mata wang rupee India, yang jatuh ke paras terendah berbanding dolar AS pada minggu ini. – Gambar EPA, 1 Julai, 2022.

INDIA menaikkan cukai import ke atas emas daripada 10.75% kepada 15% bagi mengekang defisit dagangan semasanya.

Kementerian Kewangan memaklumkan peningkatan mendadak terhadap import emas baru-baru ini.

“Pada Mei, sejumlah 107 tan emas diimport dan pada Jun import emas melonjak secara ketara.

“Lonjakan import emas memberi tekanan kepada defisit akaun semasa,” menurut kementerian itu.

Jurang dagangan semakin meningkat, memberi tekanan kepada mata wang rupee India, yang jatuh ke paras terendah berbanding dolar US pada minggu ini.

India merupakan konsumer emas kedua terbesar di dunia dengan mengimport 377 tan jongkong emas pada 2020, menurut Majlis Emas Dunia.

Sebanyak 44% emas diimport dari Switzerland dan 11% dari Emiriah Arab Bersatu. – Bernama, 1 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen