IPCC perlu ada kuasa disiplin, kata peguam


Raevathi Supramaniam

Pengerusi pasukan petugas Majlis Peguam berhubung IPCMC, M Ramachelvam berkata rang undang-undang sedia ada tidak akan menjamin akauntabiliti polis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 Jun, 2022.

PERLU ada usaha berterusan bagi memastikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis (IPCC) 2020 mempunyai kuasa disiplin sebagai badan pemantau, kata peguam dan pemimpin masyarakat sivil.

Jika tidak IPCC hanyalah ibarat harimau tanpa taring tanpa kuasa disiplin, kata mereka.

IPCC menggantikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dirangka oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) 18 tahun lalu. 

Pengerusi pasukan petugas Majlis Peguam berhubung IPCMC, M Ramachelvam berkata rang undang-undang (RUU) sedia ada tidak akan menjamin akauntabiliti polis.

“RUU ini cacat. Ia perlu dipinda dan dibentangkan di Parlimen atau ditarik balik, didraf semula dan masukkan semula apa yang tertinggal,” katanya pada forum anjuran Majlis Peguam bertajuk “IPCMC & Police Accountability – The Way Forward”.

Majlis Peguam hari ini menganjurkan forum bertajuk

“Masalah utama dengan RUU sedia ada ialah tiada kuasa disiplin.

“Rancangan kami ialah meneruskan sokongan bagi memastikan IPCMC atau IPCC jadi kenyataan dan diberi kuasa serta sumber supaya ia berkesan.

“Kami sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa dan pihak lain bagi menggesa IPCC sebagai sebuah intitusi yang bermakna,” tambah Ramachelvam.

Forum anjuran Majlis Peguam itu turut disertai bekas pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai, bekas ahli Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ivy Josiah, Ketua Strategi Hak Asasi Manusia, Pusat Konstitusionalisme dan Hak Asasi Manusia Malaysia Firdaus Husni dan Wong Yan Ke dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

IPCMC dicadangkan pada 2005 bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), bagi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti PDRM.

RUU itu pertama kali dibentang di Dewan Rakyat pada Julai 2019. Ogos tahun lalu, kerajaan Perikatan Nasional menggantikan IPCMC dengan IPCC. – 29 Jun, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen