42 mayat migran dijumpai dalam treler di Texas


Treler yang dijumpai di San Antonio, Texas, mengandungi 42 mayat migran tanpa dokumen pengenalan diri. – Gambar AFP, 28 Jun, 2022.

SEKURANG-kurangnya 40 mayat migran tanpa  dokumen pengenalan diri dijumpai dalam sebuah treler di San Antonio, Texas, lapor Sputnik.

Sementara itu, lebih sedozen mangsa yang masih hidup kini menerima rawatan di hospital, lapor Fox News, memetik sumber.

Kejadian berlaku dipercayai akibat operasi penyeludupan manusia.

Pihak berkuasa belum mendedahkan angka korban sebenar tetapi seorang wakil rakyat parti Republikan yang mewakili Texas, Tony Gonzales memaklumkan menerusi ciapannya bahawa seramai 42 orang maut.

“Hari ini di San Antonio, suhu mencecah 102 darjah. Bayangkan ditinggalkan untuk mati di dalam sebuah kenderaan beroda 18, seramai 42 orang maut hari ini,” kata Gonzales. – Bernama, 28 Jun, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen