Mayat kanak-kanak lemas di Pantai Bersih ditemukan pagi ini 


MAYAT kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas dibawa ombak ketika mandi bersama beberapa rakannya di Pantai Bersih, semalam ditemukan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Radzi Ahmad berkata mayat Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah, 11, ditemukan oleh pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 9 pagi tadi.

“SAR yang dihentikan semalam disambung semula bermula pukul 7.30 pagi ini dan ketika operasi dijalankan membabitkan lima bot dari pelbagai agensi telah berjaya menemukan mayat kanak-kanak tersebut iaitu tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi di Butterworth hari ini.

Katanya mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya. – Bernama, 28 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen