Trump hadir makan malam ahli politik dan wartawan


Presiden Donald Trump dijadualkan menghadiri perhimpunan tahunan ahli politik dan wartawan iaitu majlis makan Malam Kelab Gridiron tahun ini. – Gambar AFP, 20 Februari, 2018.

PRESIDEN Donald Trump akan menghadiri majlis makan Malam Kelab Gridiron tahun ini, iaitu acara perhimpunan tahunan ahli politik dan wartawan, yang akan menjadi penampilan pertama pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu yang sering “menyerang” media.

Jurucakap White House, Sarah Sanders yang mengesahkan kehadiran Trump, bagaimanapun berkata tidak ada keputusan dibuat berkaitan makan malam (Persatuan Media White House), iaitu satu lagi pertemuan berprofil tinggi yang biasanya dihadiri presiden AS, tetapi Trump tidak menghadirinya tahun lalu.

Pada hari majlis makan malam itu tahun lepas, yang diadakan pada hari sama ribuan penunjuk perasaan mengelilingi White House, Trump sebaliknya bersama penyokongnya di Harrisburg, Pennsylvania.

Mendakwa liputan media yang tidak adil, Trump berkata beliau gembira untuk keluar dari “paya Washington”.

“Sekumpulan besar pelakon Hollywood adan media Washington berada bersama-sama di dewan hotel di ibu negara kita sekarang,” kata Trump di perhimpunan bersama penyokongnya malam itu.

“Jika kerja media untuk beritahu perkara jujur dan yang benar, media itu sangat gagal.”

Presiden yang sering menyelar media – tidak berbuat demikian terhadap Fox News dan media lain yang dianggap konservatif, tetapi menyasarkan kepada CNN. – AFP, 20 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen