KKM lapor 2,302 kes baharu Covid-19


Elill Easwaran

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi kes Covid-19 dengan 667 kes, diikuti Kuala Lumpur dan Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2022.

MALAYSIA merekodkan 2,302 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 4,554,661, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Laman web CovidNow menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 667 kes, diikuti Kuala Lumpur (664) dan Sabah (192).

Negeri lain dan Wilayah Persekutuan yang melaporkan jangkitan ialah Pulau Pinang (173), Negeri Sembilan (167), Perak (129), Melaka (68), Johor (55), Putrajaya (45), Pahang (39), Sarawak (36), Kedah (24), Terengganu (18), Kelantan (11), Perlis (10), dan Labuan (4).

Sementara itu, tiada kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam pada data GitHub KKM.

Kadar kematian adalah 0.1% dan kadar kematian terkumpul, 0.8%.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang koronavirus baharu dijangka melanda negara dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang – lebih awal daripada jangkaan.

Beliau berkata ini berdasarkan peningkatan jangkitan harian. – 26 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen