2,512 kes baharu Covid-19, 3 kematian


Elill Easwaran

Malaysia mencatatkan 2,512 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 4,552,359. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2022.

MALAYSIA mencatatkan 2,512 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 4,552,359, lapor Kementerian Kesihatan.

Laman web CovidNOw menunjukkan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 796 kes diikuti Selangor (732) dan Pulau Pinang (176).

Negeri lain dan Wilayah Persekutuan yang melaporkan jangkitan ialah Sabah (170), Negeri Sembilan (149), Perak (135), Johor (69), Sarawak (55), Melaka (54), Putrajaya (51), Pahang (38), Kedah (37), Terengganu (20), Kelantan (19), Perlis (7), dan Labuan (4)

Sementara itu data GitHub Kementerian Kesihatan merekodkan tiga kematian di Kuala Lumpur semalam. 

Sejak wabak itu bermula Malaysia merekodkan 35,746 kematian Covid-19.

Kadar kematian adalah 0.1% dan kadar kematian terkumpul 0.8%.

Pada Khamis Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang baharu koronavirus dijangka melanda negara dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang - lebih awal daripada jagkaan.

Beliau berkata ini berdasarkan peningkatan jangkitan harian. – 25 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen