Presiden Maldives cuba lanjutkan perintah darurat


Presiden Abdulla Yameen ingin melanjutkan lagi perintah darurat di Maldives dengan alasan ancaman terhadap keselamatan negara masih belum dapat diatasi. – Gambar fail EPA, 20 Februari, 2018.

MAHKAMAH tertinggi Maldives menggantung 12 ahli Parlimen pro-pembangkang, memberi keyakinan kepada Presiden Abdulla Yameen yang pada Isnin berusaha melanjutkan perintah darurat selama sebulan lagi.

Keputusan Mahkamah Agung lewat Ahad lalu membatalkan perintah asalnya untuk mengembalikan jawatan anggota Parlimen, yang membelot daripada parti pemerintah.

Ia diputuskan ketika Parlimen bersiap untuk memeterai darurat yang diumumkan oleh Yameen dua minggu lalu hingga menyebabkan Malives mengalami krisis.

Mahkamah mengeluarkan perintah pada 1 Februari yang 12 orang pembelot akan dikembalikan semua jawatan sebagai anggota Parlimen, yang menjadikan parti presiden kepada pemerintahan minoriti.

Tetapi tindakan terbaru Mahkamah Agung ini akan mengembalikan semula majoriti Yameen dalam badan perundangan 85 anggota.

Ahli Parlimen akan mengundi pada Selasa mengenai persetujuan darurat dan memperbaharuinya selama 30 hari lagi.

Pejabat Yameen berkata beliau mahu ia dilanjutkan sebulan lagi “kerana ancaman terhadap keselamatan negara tidak berkurangan dan krisis Perlembagaan belum diselesaikan”.

Darurat memberi kuasa kepada pasukan keselamatan untuk menangkap dan menahan suspek.

Panel tiga hakim berkata pada Ahad malam, ia menggantung perintah pada 1 Februari untuk mengembalikan semula berhubung beberapa ahli politik selepas rayuan oleh peguam negara.

Ia adalah pusingan “U” oleh Mahkamah Agung sejak Yameen memerintahkan penangkapan ketua hakim negara dan hakim Mahkamah Agung lain dua minggu lalu ketika beliau mengisytiharkan darurat.

Awal bulan ini, hakim membalikkan perintah terdahulu untuk melepaskan sembilan tahanan politik, termasuk pesaing utama Yameen, Mohamed Nasheed.

Keputusan itu menyebabkan kepulauan yang menjadi destinasi percutian popular dalam kegelisahan ketika Yameen bertindak keras terhadap lawannya.

Abang tirinya, bekas presiden Maumoon Abdul Gayoom, adalah antara mereka yang ditangkap atas tuduhan merasuah hakim Mahkamah Agung untuk menggulingkan kerajaan menerusi rampasan Perlembagaan.

Yameen berdepan kecaman antarabangsa atas keengganannya mematuhi keputusan mahkamah tertinggi dan pengisytiharan daruratnya, yang digambarkan oleh ketua hak asasi manusia PBB sebagai “serangan menyeluruh terhadap demokrasi”.

Darurat menjejaskan imej Malives sebagai destinasi percutian popular. Pendapatan utama negara itu adalah pelancongan, yang menarik ramai pasangan berbulan madu dengan pulaunya yang indah dan kejernihan serta kebiruan airnya. – AFP, 20 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen