Kremlin akhirnya bersuara terhadap dakwaan AS


KREMLIN hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang petunjuk kerajaan Rusia campur tangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 2016, selepas 13 rakyatnya didakwa di Washington kerana terlibat dalam usaha mempengaruhi undi.

“Tiada petunjuk bahawa kerajaan Rusia terlibat,” kata jurucakap Presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskos kepada pemberita dalam ulasa pertama Kremlin sejak dakwaan difailakn pada Jumaat lalu.

Dakwaan itu katanya “hanya melibatkan rakyat Rusia”, sedangkan Moscow “mendengar tuduhan dari Washington mengenai penglibatan negara Rusia, Kremlin dan kerajaan”.

Menurut pendakwaan itu, kempen yang diarahkan oleh sekutu Putin, Yevgeny Prigozhin adalah bertujuan untuk memberi kemenangan kepada Presiden Donald Trump.

Kempen itu dikatakan melibatkan beratus-ratus orang yang bekerja dalam syif berbeza dengan bajet sebanyak berjuta dolar. Tiga buah syarikat turut didakwa.

“Tiada bukti jelas,” kata Peskov.

“Sama seperti sebelum ini, kami tegaskan bahawa bukti itu tidak berasas.

“Pada kami ia tidak lengkap atau adil, dan kami tidak bersetuju.”

“Rusia tidak pernah mencampuri hal ehwal dalaman negara lain, dulu dan sekarang,” jelas Peskov lagi.

Sabtu lalu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ketika bercakap di Persidangan Keselamatan Munich menolak dakwaan itu dan menggelarnya sebagai merepek. – AFP, 19 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen