Pesawat tempur Israel serang Gaza


PESAWAT tempur Israel menyerang sasaran Hamas di Jalur Gaza awal hari ini selepas roket yang dilancarkan oleh rakyat Palestin mengena selatan Israel, kata tentera.

Tiada penjelasan mengenai sasaran itu, namun sumber keselamatan Palestin berkata beberapa peluru berpandu dilancarkan di ladang di timur Rafah di selatan wilayah pantai.

“Jet temput Israel mensasarkan infrastruktur bawah tanah di selatan Gaza, sebagai tindak balas terhadap peluru yang dilancar ke arah Israel sebelum ini,” menurut kenyataan tentera.

Tiada kematian dilaporkan dalam insiden tersebut.

Serangan itu susulan pertempuran sengit pada hujung minggu lalu di aman tentera darat Israel membunuh dua remaja Palestine di wilayah itu di rentas sempadan.

Menurut tentera Israel, pesawat perang juga menyerang 28 kemudahan Hamas melalui dua gelombang serangan udara.

Serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap letupan  jerangkap samar yang dipasang rakyat Palestin pada Sabtu yang menyebabkan kecederaan kepada empat tentera Israel yang sedang memeriksa pagar sempadan.

Pihak tentera berkata dua darinya cedera parah namun kini stabil.

Letupan dan serangan balas itu merupakan antara paling serius di wilayah yang dikuasai Hamas sejak gerakan Islam itu berperang dengan Israel pada 2014. – AFP, 19 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen