Dron selesaikan kerja petani di Jepun dalam masa singkat


Kebiasaannya, seorang petani memerlukan masa selama berjam-jam untuk menyembur kawasan seluas satu hektar, sedangkan ia cuma mengambil masa selama 10 minit jika menggunakan dron. – Gambar EPA, 19 Februari, 2018.

DI Jepun, penggunaan dron dalam bidang pertanian semakin meningkat. Jiji Press melaporkan beberapa petani mula menggunakan alat itu untuk memeriksa tanaman secara visual dan untuk tujuan lain.

Menurut seorang pegawai di kementerian pertanian berkata dron berkesan dalam mempromosikan pertanian berasaskan data dan mengurangkan kerja-kerja pertanian dalam satu masa ketika petani-petani tua sedang bergelut mencari pelapis.

Di Jepun, helikopter tanpa pemandu digunakan untuk menyembur racun perosak, baja dan benih perlu didaftar dengan sebuah organisasi khas.

Pendaftaran ini dimestikan untuk drone pertanian pada 2015. Bilangan drone yang berdaftar mencecah 673 buah pada bulan lepas - tiga kali ganda dari jumlah pada Mac 2017.

Dron yang menyembur racun perosak mempunyai tangki 8-10 liter. Satu hektar sawah padi ememrlukan kira-kira 10 liter racun perosak.

Kebiasaannya, seorang petani memerlukan masa selama berjam-jam untuk menyembur kawasan seluas satu hektar, sedangkan ia cuma mengambil masa selama 10 minit jika menggunakan dron.

Sebuah dron pertanian menelan kos sebanyak 2 juta yen (RM73,000), jauh lebih murah daripada helikopter tanpa pemandu konvensional.

Kamera video yang dipasang pada dron boleh digunakan untuk memeriksa tanaman. 

Penyelidik sedang cuba membangunkan satu kaedah untuk menggunakan dron secara berkesan bagi mengurangkan kerosakan tanaman yang berpunca dari serangan haiwan perosak dan burung.

Dalam penyelidikan itu, dron diterbangkan pada waktu malam, iaitu ketika rusa dan babi aktif. Dron akan merakam imej menggunakan kamera khas, dan penyelidik menggunakan data itu untuk memikirkan cara untuk menangkap haiwan-haiwan tersebut.

Satu lagi kegunaan baharu dron ialah untuk memeriksa kerosakan pada saluran pengairan dan kemudahan pertanian lain akibat bercana alam termasuk taufan. – AFP, 19 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen