Politikus Australia dikecam kerana muat naik gambar senjata api di Facebook


George Christensen memuat naik gambar itu pada Sabtu lalu menunjukkan beliau sedang berdiri dengan komen “Awak patut tanya diri sendiri, bertuahkah awak, budak hijau?” – Gambar Facebook rasmi George Christensen, 19 Februari, 2018.

POLITIKUS konservatif Australia yang memuat naik gambar beliau di Facebook dengan tujuan mengejek pejuang alam sekitar telah dilaporkan pada pihak polis kerana tidak sensitif dengan kes tembakan di sebuah sekolah di Amerika Syarikat.

George Christensen memuat naik gambar itu pada Sabtu lalu menunjukkan beliau sedang berdiri dengan komen “Awak patut tanya diri sendiri, bertuahkah awak, budak hijau?”

Beliau mendakwa kenyataannya itu merujuk kepada dialog filem “Dirty Harry” yang mana Clint Eastwood memegang watak pegawai polis yang berkata “orang yang membuat kegiatan haram, seperti puak hijau.”

Ahli Parlimen itu terkenal dengan kritikannya terhadap pejuang alam sekitar yang kerap menghalang projek perlombongan termasuklah mengikat diri pada jentera mesin.

Pejuang alam sekitar acap kali disokong dan dibantu oleh parti Hijau.

Posting Facebook beliau itu dilaporkan pada Persekutuan Polis Australia oleh parti Hijau, yang mana senator parti itu dala Twitter-nya menerima ancaman email daripada penyokong tegar Christensen.

“Senjata bukan bahan lawak, dan pada kemuncak pembunuhan beramai-ramai di AS minggu lalu, 17 orang, termasuk kanak-kanak ditembak mati,” kata Hanson-Young pada Australian Broadcasting Corporation.

Sementara itu, Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata yang posting itu “sangat tidak sesuai.” Ia juga turut dikritik oleh pelbagai politikus dari pelbagai parti politik. – AFP, 19 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen