BADAN Peguam Malaysia akan menganjurkan perhimpunan aman ‘Walk For Judicial Independence’ (Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman) di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.
Peserta akan berhimpun pada pukul 10 pagi kemudian berarak hingga ke bangunan Parlimen, menurut pekeliling dikeluarkan badan itu semalam.
Perhimpunan aman itu dianjurkan bagi membantah campur tangan terhadap kebebasan Badan Kehakiman dan pelanggaran prinsip prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bantahan itu termasuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung dakwaan sumber kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya.
Keputusan untuk menganjurkan perhimpunan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 27 Mei lalu. – 16 Jun, 2022.
Komen