Syarikat bas pelancongan kurang dana untuk kembali beroperasi


Khoo Gek San

Pengusaha bas berdepan masalah kekurangan bas dan pemandu selepas perniagaan terjejas akibat penutupan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2022.

PENGUSAHA bas mahu bersiap sedia apabila lebih ramai pelancong datang ke Malaysia ketika kini setelah pelancongan antarabangsa dibenarkan selepas penutupan Covid-19.

Bagaimanapun mereka kini berdepan masalah kekurangan bas dan pemandu.

Memandangkan hampir tiada pendapatan sejak dua tahun terakhir wabak itu ramai yang berdepan masalah aliran tunai dan kekurangan dana untuk memulakan semula perniagaan termasuk membaiki bas serta memperbaharui insurans kenderaan, kata beberapa pengendali bas pelancongan.

Sebelum wabak dua tahun lalu terdapat kira-kira 9,000 koc dan bas mini di Semenanjung Malaysia, kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung (PPBPSM) Steven Chong.

Tetapi selepas beberapa syarikat menutup kedai dan menjual kenderaan terdapat kira-kira 6,000 yang tinggal di mana 30% atau kurang daripada 2,000 dalam perkhidmatan aktif.

Syarikat bas pelancongan berharap untuk merebut peluang pada Tahun Melawat Malaysia 2020 namun itu adalah tahun Covid-19 melanda.

Sejak itu ramai pengusaha tidak dapat membayar balik pinjaman yang diambil untuk membeli kenderaan itu yang ditarik balik dan terbiar di pekarangan serta depoh malah ada yang menunggu untuk dilelong.

Chong berkata ia memakan kos lebih RM10,000 untuk memulihkan sebuah bas.

“Kos insurans kenderaan antara RM6,000 dan RM9,000 untuk setahun bergantung kepada usia bas. RM500 lagi diperlukan bagi setiap bas untuk pemeriksaan kenderaan berkomputer di Puspakom. Masih terdapat kos penyelenggaraan, alat ganti dan tayar yang menambah perbelanjaan.

“Industri pelancongan masih belum pulih sepenuhnya. Apa yang benar-benar membantu ialah jika pelancong Cina yang besar kembali. Jika tidak pelancongan tempatan tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan syarikat bas pelancongan,” kata Chong.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Steven Chong berkata sebelum wabak dua tahun lalu terdapat kira-kira 9,000 koc dan bas mini di Semenanjung Malaysia.  – Gambar The Malaysian Insight, 15 Jun, 2022.

Ketika ini sejak sempadan dibuka semula pada 1 Mei kira-kira 50% syarikat bas pelancongan aktif mengendalikan kumpulan pelancong asing yang bercampur dengan beberapa orang tempatan. Kapasiti bas bagaimanapun tidak diisi.

Sewa bas bagi kumpulan ini dikenakan bayaran RM1,000 sehari bagi menampung perbelanjaan asas seperti petrol dan gaji, tambahnya.

Masalah lain ialah kekurangan pemandu, kata Chong.

“Semasa pandemik banyak syarikat bas memberhentikan pemandu dan kini pemandu beralih ke bidang lain.

“Syarikat ahli PPBPSM secara kolektif memerlukan sekurang-kurangnya 6,000 pemandu. Setakat ini banyak syarikat bas tidak dapat mengambil pemandu,” kata Chong.

Pengendali bas Moganasundar Dasshan yang memiliki Sun Asia Transtour Sdn Bhd berkata dia memulakan semula perniagaan secara perlahan dengan hanya dua bas dahulu.

Dia membelanjakan RM9,800 untuk membeli satu dan RM11,000 untuk yang lain. Kedua-dua bas ini membawa kumpulan pelancong ke Singapura dan Thailand serta pendapatannya hampir tidak mampu untuk mengekalkannya.

“Saya harap lebih ramai pelancong akan datang, jika tidak saya tidak tahu sama ada saya boleh mengekalkan operasi perniagaan,” katanya. – 16 Jun, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen