KKM lapor 1,922 kes baharu Covid-19


Noel Achariam

Malaysia mencatatkan jumlah kes sebanyak 4,530,312 sejak permulaan pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2022.

MALAYSIA mencatatkan sedikit penurunan kes baharu Covid-19 semalam kepada 1,922, berbanding 2,092 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak ialah 4,530,312.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 821 kes, diikuti Kuala Lumpur (351) dan Negeri Sembilan (105).

Sabah melaporkan 82 kes baharu, Perak (69) Johor (58), Sarawak (76), Melaka (76), Putrajaya (32), Kedah (50), Pahang (17), Sabah (72), Terengganu (17), Kelantan (16) dan Perlis (6) dan Labuan (2).

Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan empat kes kematian Covid-19 semalam, melibatkan Selangor, Perlis dan Johor menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,720.

Terdapat satu kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital mati di Melaka.

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 32 orang, dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 15 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen