WANITA Arab Saudi kini boleh membuka perniagaan sendiri tanpa perlu meminta kebenaran suami atau saudara lelaki, selaras dengan usaha kerajaan negara itu untuk mengembangkan sektor swasta.
Kementerian Perdagangan dan Pelaburan di dalam laman sesawang rasminya berkata wanita juga akan mendapat manfaat e-perkhidmatan daripada kerajaan tanpa perlu membuktikan mereka mendapat keizinan daripada penjaga.
Sebelum ini, di bawah sistem penjagaan Arab Saudi, wanita dikehendaki menunjukkan bukti kebenaran penjaga lelaki, terutamanya suami, bapa atau abang untuk melakukan dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran kelas.
Putera Mahkota Mohammed Salman memimpin usaha untuk memperluaskan peranan wanita dalam bidang sumber manusia sejak akhir-akhir ini. – AFP, 19 Februari, 2018.
Komen