Penulis artikel cara bunuh suami dipenjara seumur hidup


Penulis Nancy Crampton Brophy, 71, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh suaminya. – Gambar AFP, 14 Jun, 2022.

PENULIS artikel “How to Murder Your Husband” dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Isnin selepas didapati bersalah menembak mati suaminya.

Hakim mahkamah di Oregon, Amerika Syarikat (AS) ketika menjatuhkan hukuman berkata Nancy Crampton Brophy, 71, layak memohon parol dalam tempoh 25 tahun.

Perbicaraan berlangsung selama sebulan.

Nancy dituduh membunuh suaminya Daniel Brophy menggunakan laras senapang yang dibeli di eBay untuk mendapat pampasan insurans bernilai ratusan ribu dolar. 

Nancy mendakwa senjata itu dibeli sebagai penyelidikan untuk novel baharunya. Polis bagaimanapun tidak menemui senjata tersebut.

Brophy, seorang chef, ditemui mati di atas lantai bilik darjah di institut masakan tempatnya bekerja pada Jun 2018. Mangsa ditembak dua kali. Nancy dirakam memandu pergi dan pulang dari institut itu semasa kejadian. 

Tertuduh memberitahu mahkamah beliau ia tidak ingat berada di situ, mendakwa mungkin berada di kawasan tersebut untuk mendapatkan inspirasi untuk karya fiksyen baharunya.

Nancy turut menulis novel antaranya “Wrong Never Felt So Right”, “The Wrong Husband” dan “The Wrong Lover”. 

Artikel “How to Murder Your Husband” masih boleh didapati di atas talian. – AFP, 14 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen