IRAN perlu menyambung semula rundingan “sekarang” bagi mengelakkan krisis yang lakan ebih menyukarkan perjanjian nuklear 2015 diselamatkan, kata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) semalam.
Gesaan itu menyusul selepas Iran pada minggu lalu memutuskan sambungan beberapa kamera yang membenarkan pemeriksa antarabangsa memantau aktiviti nuklearnya, sebagai tindak balas kepada resolusi Barat yang diluluskan pada 8 Jun.
Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi dalam wawancara yang disiarkan oleh CNN berkata tindakan Iran memutuskan sambungan 27 kamera pengawasan itu sangat serius.
Grossi berkata, satu-satunya cara untuk Iran mendapat keyakinan dan kepercayaan yang sangat diperlukan untuk memajukan ekonominya ialah dengan membenarkan IAEA membuat pemeriksaan.
“Tanpa kamera pengawasan, IAEA kelak lagi tidak akan dapat mengisytiharkan sama ada program nuklear Iran adalah ‘aman’ seperti yang berulang kali ditegaskan oleh Tehran atau sama ada sedang membangunkan bom atom,” kata Grossi dalam wawancara dengan CNN.
Perjanjian 2015, yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), memberi Iran kelonggaran daripada sekatan ekonomi, sebagai pertukaran kepada persetujuan mematuhi langkah kawalan terhadap aktiviti nuklearnya.
Bagaimanapun, pada 2018 Amerika Syarikat ketika itu di bawah pentadbiran Donald Trump telah menarik diri daripada pakatan itu dan mengenakan semula sekatan, mendorong Iran untuk mula membatalkan komitmennya.
Rundingan untuk memulihkan JCPOA telah terhenti sejak Mac. – AFP, 13 Jun, 2022.
Komen