Bebaskan Tariq Ramadan


SAYA telah diperkenalkan kepada sarjana dan aktivis Dr Tariq Ramadan, yang kini merupakan Profesor Universiti Oxford, sejak zaman universiti saya sendiri lebih sedekad yang lalu. 

Saya aktif di dalam Federation of Students Islamic Societies of UK and Ireland (FOSIS) dan Dr Tariq menggariskan wawasan yang konsisten dan rasional tentang menjadi seorang Muslim yang baik dan selesa dengan dunia moden yang majmuk. Sejak itu saya membaca buku-bukunya dan mengikuti syarahannya.  

Pandangannya mengundang kritikan daripada orang Islam yang jumud di samping golongan anti-Islam di Barat. 

Dr Tariq kini berhadapan dengan tuduhan liar di Perancis. Beliau telah bekerjasama dengan sukarela dengan siasatan namun ditahan sebelum keputusan dibuat sama ada tuduhan ini patut dibawa ke mahkamah atau tidak. Kini dimaklumkan beliau dimasukkan ke dalam hospital kerana tidak sihat ketika dalam tahanan. 

Kedua-dua pihak – Dr Tariq dan pihak yang menuduhnya mempunyai ruang di mahkamah nanti. Prinsip asas keadilan – tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah mesti dipertahankan. 

Sebarang perbicaraan mesti dibuat secara adil mengikut proses yang sewajarnya. Pihak media sewajarnya tidak menghakiminya menerusi media dan melaporkan kes ini secara adil. 

Tariq Ramadan mesti dibebaskan serta-merta. 

#FreeTariqRamadan – 18 Februari, 2018.

* Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan yang juga memegang jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda PKR

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen