2 rakyat Palestin dibunuh Israel


Dua mangsa itu dikenali sebagai Salam Sabah dan Abdullah Abu Sheikha, kedua-dua baru berumur 17 tahun yang terbunuh dalam serangan di timur Rafah, selatan Gaza. – Gambar AFP, 18 Februari, 2018.

DUA rakyat Palestin dibunuh tentera Israel dalam serangan di Tebing Gaza selepas seorang tentera Yahudi cedera terkena letupan di sempadan Palestin, kata sumber perubatan Gaza hari ini.

Dua mangsa itu dikenali sebagai Salam Sabah dan Abdullah Abu Sheikha, kedua-dua baru berumur 17 tahun yang terbunuh dalam serangan di timur Rafah, selatan Gaza.

Menurut saksi, kedua-dua mereka terbunuh terkena tembakan dilepaskan berhampiran sempadan.

Tentera Israel berkata mereka melepaskan “tembakan amaran” pada sejumlah rakyat Palestin yang menghampiri sempadan dalam “keadaan mencurigakan”.

Kematian itu berlaku selepas Israel melancarkan siri serangan udara menyasarkan 18 “sasaran pengganas milik Hamas” di Gaza selepas sebuah letupan mencederakan seorang askarnya dan sebuah tembakan dari Gaza mengenai bandar di sempadan Israel. – AFP, 18 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen