MALAYSIA mencatatkan 1,358 kes baharu Covid-19 semalam yang menunjukkan penurunan daripada 1,591 jangkitan dilaporkan sehari sebelumnya.
Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak permulaan wabak itu kepada 4,514,989.
Laman web CovidNow menunjukkan terdapat dua kematian berkaitan virus, satu daripadanya meninggal dunia di luar hospital.
Kes aktif kini berjumlah 21,232 manakala 35,688 meninggal dunia.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 569 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (264) dan Pulau Pinang (105).
Perak mencatatkan 90 kes, Negeri Sembilan (81), Johor (61), Sabah (45), Melaka (31), Kedah (29), Putrajaya (24), Sarawak (22), Pahang (17), Kelantan (9), Perlis (5), Terengganu (5) dan Labuan 1.
Pangkalan data GitHub menunjukkan Selangor dan Sarawak masing-masing melaporkan satu kematian.
Setakat ini terdapat 904 kematian ke hospital akibat Covid-19 dengan 14 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 12 memerlukan alat ventilator. – 6 Jun, 2022.
Komen