MEREKA adalah antara pasangan paling terkenal di dunia, tetapi selepas lebih sedekad, bintang Colombia Shakira dan pemain bola FC Barcelona Gerard Pique akhirnya mengumumkan perpisahan mereka semalam.
Pengalun lagu “Hips don’t Lie”, Shakira, 45, adalah nama besar dalam industri muzik antarabangsa dengan lebih 60 juta albumnya terjual.
Hero bola sepak warga Sepanyol, Pique, 35, pernah memenangi Piala Dunia 2010 dan Piala Eropah, serta tiga kali menang Liga Juara-juara bersama Barcelona.
Shakira menyanyikan lagu hit “Waka Waka”, lagu rasmi Piala Dunia 2010 pada majlis penutup acara itu di Afrika Selatan.
Pasangan ini bertemu ketika rakaman video lagu negara dan bertukar mesej beberapa minggu sebelum acara penutup itu.
Sebaik saja rasmi sebagai pasangan, mereka menjadi tumpuan paparazzi.
Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki dan tinggal bersama di pinggir Barcelona.
“Dengan rasa kecewa kami mengesahkan yang kami berpisah. Demi kesejahteraan anak-anak kami, yang menjadi keutamaan kami, dengan rendah diri kami minta anda menghormati ruang peribadi kami,” kata pasangan itu dalam satu kenyataan.
Shakira pernah memenangi anugerah Grammy sebanyak tiga kali menerusi beberapa lagu hit termasuk “Hips don’t Lie” dan “Whenever, Wherever”.
Pada 2020, beliau mengadakan persembahan bersama Jeniffer Lopez pada separuh masa pertama kejuaraan Super Bowl NFL di Miami. – AFP, 5 Jun, 2022.
Komen