Keluarga amah Indonesia mati didera tuntut ganti rugi


Petronela Koa, ibu saudara Adelina Lisao menangis di samping keranda ketika mayat Adelia tiba di lapangan terbang El Tari di Kupang, timur Nusa Tenggara dari Malaysia semalam. – Gambar AFP, 18 Februari, 2018.

KELUARGA Adelina Lisao, 21, pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia di Malaysia dipercayai kerana didera oleh majikannya, menuntut ganti rugi susulan pekerjaan anak perempuan mereka yang meragukan itu.

Jakarta Post melaporkan keluarga berkenaan yang tinggal di kampung Ebi, Oenino, wilayah selatan Timor Tengah percaya bahawa Adelina tidak pernah menerima gajinya walaupun sudah bekerja sejak 2015.

“Kami menuntut semua gaji Adelina selama tiga tahun dibayar. Jangan semata-mata dia tidak berdaftar, gajinya ditahan,” kata Petronela Koa, ibu saudara Adelina kepada The Jakarta Post ketika menunggu jenazah pembantu rumah malang itu di lapangan terbang El Tari di Kupang, timur Nusa Tenggara.

“Bukan jumlah wang yang penting. Tetapi ini haknya,” katanya dipetik dari Jakarta Post.

Keluarga itu turut melaporkan dua individu yang didakwa mengambil dan menghantar Adelina bekerja secara haram ke Malaysia.

Kedua-duanya ditahan oleh polis tempatan atas kesalahan memalsukan dokumen Adelina yang dilaporkan berusia 17 tahun ketika dihantar ke luar negara.

Dokumen yang dipalsukan itu menyatakan Adelina tua enam tahun daripada usia sebenarnya.

Jenazah Adelina dijadualkan dikebumikan hari ini, lapor Jakarta Post. – 18 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • kerajaan perlu mengambil tindakan keras terhadap majikan yg bertindak kejam mendera pekerja mereka ini..jgn beri peluang kerana nyawa org telah melayang..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan