Israel serang Gaza


Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata ketika bertembung dengan penunjuk perasaan Palestin, semalam. – Gambar AFP, 18 Februari, 2018.

JET pejuang Israel menyerang Semenanjung Gaza, semalam selepas empat tenteranya dilaporkan cedera apabila bom buatan sendiri meletup di sepanjang sempadan berhampiran Palestin.

Dalam insiden letupan pagi semalam, dua tentera Israel dilaporkan cedera parah.

Sebagai tindak balas, tentera Israel berkata jet pejuangnya menyasarkan enam sasaran ketenteraan milik Hamas di Gaza, termasuk sebuah terowong pejuang di kawasan Zaytun dan kemudahan ketenteraan berhampiran Deir el-Balah dan Khan Yunis.

Tentera kemudian melaporkan pelancaran serangan sudah dikenal pasti dari Semenanjung Gaza di wilayah Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ketika hadir pada persidangan keselamatan di Munich berkata insiden di Gaza sangat serius dan berjanji akan bertindak balas sewajarnya.

Sumber keselamatan Palestin berkata serangan udara Israel dilancarkan ke tiga pangkalan milik Hamas di timur kawasan dikawal di Gaza.

Sumber perubatan Palestin berkata, dua penduduk Palestin cedera dalam serangan itu. – AFP, 18 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen