PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan berhasrat untuk mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menurut Nikkei.
Bekas perdana menteri Najib Razak memperkenalkan cukai kontroversial itu pada 2015 tetapi ia dibatalkan tiga tahun kemudian oleh perdana menteri Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad sebagai sebahagian daripada ikrar manifesto pilihan raya gabungan itu.
Ismail Sabri berkata kerajaan sedar tentang persepsi negatif mengenai GST tetapi kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini sambil menambah pemansuhannya menyebabkan negara kehilangan RM20 bilion hasil tahunan.
Beliau berkata kerajaan akan menetapkan kadar impak minimum kepada pembayar cukai.
Negara dibebani dengan subsidi yang semakin meningkat dan kerajaan akan mencari jalan untuk menampung kekurangan itu dengan RM28 bilion kerana subsidi bahan api sahaja pada 2022 ditambah subisi untuk minyak masak, gula dan tepung. – 1 Mei, 2022.
Komen