TIGA tahun dulu (2014), lahir sebuah biografi mongel dari seorang bakal siasahwan yang sekedar ingin merakamkan kisah perjalanan hidupnya yang sangat sederhana. Hannah Yeoh—yang kini menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor—hanya ingin menjejaki kembali perkembangan dirinya sebagai rakyat biasa. Dia ingin melihat dirinya semula melalui cermin biografi mongelnya itu.
Kisah sederhana itu menyemarakkan semangatnya kerana banyak kali dia terjatuh,tapi dia tidak pernah sedia kalah.Kisah itulah kini yang kini tampaknya sedang menarik perhatian lawan siasahnya. Bukunya itu konon didakwa berazam mengKristiankan orang Melayu.
Komen