Faedah tinggi hutang Malaysia membimbangkan, bakal cetus krisis bajet


BAYARAN faedah hutang yang tinggi, hasil pendapatan kerajaan rendah dan banyak menjamin firma kerajaan secara senyap telah mencetuskan kebimbangan akan adanya krisis bajet di Malaysia, walaupun Perdana Menteri Najib Razak menjamin hutang negara masih terkawal, lapor Straits Times Singapura.

Bulan lalu, Najib berkata tahun lepas, hutang keseluruhan Malaysia hanya RM685.1 bilion berbanding negara lain kerana ekonomi negara atau keluaran dalan negara kasar negara (KDNK) berkembang 50.9%.

“Malaysia lebih bagus daripada negara membangun seperti Singapura pada 112%, United Kingdom 89.3%, Kanada 92.3%,” Najib dipetik sebagai berkata demikian.

Bagaimanapun, beliau tidak pula menerangkan yang Singapura membelanjakan lebih sedikit untuk membayar hutang, dengan menggunakan 6.1% daripada pendapatan negara pada 2016. 

Sebagai perbandingan, menurut Kementerian Kewangan, pada tahun sama, Malaysia menggunakan 12.5% daripada pendapatannya untuk membayar faedah.

Tahun ini, dijangka yang Putrajaya akan membayar sejumlah RM31 bilion dalam bentuk faedah, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dibayar pada 2009 ketika Najib mengambil alih pentadbiran, selain ketika tanggungan kerajaan kurang daripada 9% jumlah hasil, lapor portal Singapura itu.

Jumlah ini termasuk hampir semua cukai pendapatan yang dikutip kerajaan, atau lebih dua per tiga daripada jumlah yang dikutip daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April 2015.

Pakar ekonomi berkata status “A” Malaysia itu bermaksud negara perlu meminjam pada kadar yang tinggi berbanding negara seperti Singapura yang punya kadar status “AAA.” Justeru, ia akan memberi cabaran besar buat kerajaan untuk mengurangkan faedah pinjaman hutangnya.

“Kemampuan (membayar) hutang yang lemah, yang kita ukur sebagai nisbah pembayaran faedah kepada pendapatan, telah menjadi cabaran buat Malaysia,” kata penganalisis Moody, Anushka Shah kepada the Straits Times.

Antara kebimbangan lain yang tidak diheboh, atau “disenyapkan” seperti bantuan kerajaan menyelamatkan syarikat milik negara.

Kerajaan tidak merekod pembayaran ini sebagai khidmat hutangm tetapi diletak di bawah nama “pembayaran sektor strategik” dan “pembayaran lain.” Ini juga tidak dimasukkan dalam bajet, yang mana mereka tidak bertanggungjawab terhadap Parlimen. – 17 Februari, 2018.

[Baca selanjutnya di sini]


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Tidak seperti negara-negara lain, Malaysia telah terlepas daripada kesan yang lebih buruk dan berprestasi baik selama itu sehingga kini. Jutaan rakyat Malaysia terselamat daripada penderitaan ekonomi selama bertahun-tahun.Inilah sebabnya mengapa hutang kepada KDNK kita melonjak 11.5% kepada 52% dan kemudiannya stabil.Malaysia tidak bersendirian kerana majoriti, jika tidak semua negara-negara di dunia juga meningkat dalam nisbah hutang kepada KDNK mereka semasa tempoh kritikal ini.Sebagai contoh, Singapura meningkat ia kira-kira 18%, AS meningkat 30.4% manakala UK meningkatkan hutang mereka 33.1% semasa tempoh ini - sudah pasti lebih tinggi daripada lonjakkan 11.5% Malaysia.Jika Najib tidak meminjam dengan ketara pada 2009-2010 dan menyuntik wang itu ke dalam ekonomi dalam dua pakej rangsangan sementara mengimbangkan semula ekonomi kepada fokus yang lebih besar ke atas ekonomi dalam negeri di samping mengurangkan jurang pendapatan dengan dasar-dasar seperti BR1M dan gaji minimum, ia mungkin menjadi lebih teruk daripada krisis 1998.Ini juga membantu meletakkan Malaysia pada landasan pertumbuhan yang kukuh pada tahun-tahun berikutnya.Dan walaupun kejatuhan yang besar dalam harga petroleum dan pendapatan, tumpuan Najib kepada usaha mengurangkan defisit sejak 6 tahun yang lalu telah membantu nisbah hutang kepada KDNK untuk mula berkurangan.Bagi saya, ini adalah tadbir urus yang baik dan pengurusan kewangan yang baik.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Hana ghaoul · Ulasan