Rakyat Israel lebih peka tentang rasuah berbanding rakyat Malaysia?


DI ISRAEL sekarang rakyat mereka sedang berdemonstrasi menuntut Perdana Menteri mereka Benjamin Netanyahu yang juga rakan sejawat Perdana Menteri Najib Razak kerana terpalit dengan skandal rasuah berjumlah AS$283,000 dari beberapa pihak.

Nama Israel beberapa hari ini agak panas dalam Malaysia kerana kehadiran delegasi mereka masuk ke negara ini dan ianya sesuatu yang menjelekkan bagi kebanyakan pihak.

Tetapi, kalau nak dihitung jumlah yang diterima oleh Netanyahu, nilainya “maha jauh” dengan dakwaan melibatkan wang yang masuk kedalam akaun peribadi Najib Razak iaitu AS$700,000,000 bersamaan 2,473 kali ganda lebih berbanding jumlah yang diterima Netanyahu.

Jika kita melihat bagaimana kebebasan rakyat Israel turun ke jalanraya menuntut pengunduran Netanyahu ia adalah sesuatu yang memeranjatkan. Malah pemimpin mereka sebelum ini yang terlibat dengan salah laku awam telah melalui fasa hukuman pemenjaraan seperti apa yang dilalui Ehud Olmert perdana menteri Israel sebelum Netanyahu.

Jadi punya kewajaran kita untuk berasa marah kepada Zionis dan malu kepada rakyat Israel. Dalam kita berani menyatakan penetengan kepada kehadiran wakil Israel ke dalam negara ini, maka kita juga perlu berani menentang korupsi yang didakwa kepada Perdana Menteri kita atau kepada semua pemimpin kerajaan dan pembangkang yang didapati bersalah.

Bayangkan jika Netanyahu bersalah, alangkah malunya sistem undang-undang dalam negara. Apakah itu gambaran “mereka” lebih telus dari pengamalan undang-undang di Malaysia? 

Dan, jika tidak didakwa sekalipun apakah kita tidak malu dengan hak yang diberikan kepada kita untuk digunakan sebagai mesej kepada pimpinan negara yang menyeleweng seperti mana yang dilaksanakan oleh mereka di Israel.

Khalas. – 17 Februari, 2018.

* Muhammad Syafiq Azmi merupakan Ketua Pemuda Amanah Melaka.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen