NEW YORK mungkin sudah terlampau sesak dengan pelbagai jenis budaya dan menjadi tarikah pelancong, tetapi semalm bandar itu mula menambahkan lagi satu tarikan iaitu muzium perisik, Spyscape.
Dengan terbinanya Spyscape, pengunjung dapat merasai pengalaman sebagai seorang perisik, dapat menggunakan ujian pengesan penipuan, merangkak menelusuri sinar laser, selain menyahkod atau mentafsir mesej rahsia di situ.
Bekas pegawai perisik British telah bersama membantu membina reka bentuk instalasi itu, kata ketua staf Scpyscpae, Shelby Prichard.
Beberapa bilik telah dikhususkan untuk “menghidupkan” kembali sejarah dunia perisikan seperti ketika British memecah kod Enigma Nazi waktu Perang Dunia ke-2.
Malah, muzium itu turut mempamerkan model asal dikenali sebagai “bombe” yang direka oleh bapa sains komputer Alan Turing.
Selain itu, ia turut menampilkan pelbagai maklumat berkaitan agen dua-muka Amerika Syarikat, Robert Hanssen.
Hanssen ialah perisik yang bekerja untuk dua belah pihak iaitu untuk Rusia dan Amerika dari 1979 hingga 2001. Lahir di Amerika, beliau turut menyokong perjuangan pemberontak Perancis ketika Perang Dunia ke-2.
Dalam pada itu, pmaeran interaktif itu memberi peluang kepada pengunjung untuk menguji kemahiran “melarikan diri” dengan mengharungi beberapa set cabaran.
“Ia juga semacam pengalaman peribadi untuk memahami sifat ‘perisik’ dalam diri sendiri,” kata Shelby Prichard.
Tambahnya, muzium itu turut menawarkan lebih perspektif kontemporari seperti perang siber dan cara menggodam, berbanding International Spy Museum di Washington.
“Ia dikhaskan buat remaja dan orang dewasa. Tetapi kami tahu yang anak-anak bijak akan seronok merasai pengalaman ini,” kata ketua staf itu. – AFP, 17 Februari, 2018.
Komen