KOREA Selatan akan memperkukuh lagi kerjasama dengan negara Asia Tenggara bagi menangani cabaran bersama di Indo-Pasifik dan bekerjasama dalam kerangka kerja ekonomi baharu yang diterajui Amerika Syarikat, kata diplomat Seoul pada Jumaat.
Menurut Agensi Berita Yonhap, dalam pertemuan dengan 10 duta dari Asean di Seoul di pejabatnya, Menteri Luar Park Jin berkata pentadbiran (Presiden) Yoon Suk-yeol merancang untuk mengukuhkan “kerjasama strategik” dengan Asean dalam sektor seperti ekonomi, keselamatan, penjagaan kesihatan dan teknologi.
Beliau berkata Seoul berharap dapat menjalinkan hubungan lebih erat dengan Asean di bawah Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dilancarkan awal minggu ini. – Bernama, 27 Mei, 2022.
Komen