BEKAS Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Prof Dr H. Ahmad Syafii Maarif atau lebih dikenali sebagai Buya Syafii Maarif meninggal dunia hari ini pada jam 10.15 pagi di Yogyakarta, Indonesia.
Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Haedar Nashir melalui satu kenyataan memaklumkan mengenai berita itu.
“Muhammadiyah dan bangsa Indonesia berduka. Telah wafat Buya Prof Dr H Ahmad Syafii Maarif pada Jumaat 27 Mei 2022 pukul 10.15 pagi,” katanya.
Bagaimanapun belum ada sebarang maklumat bila cendekiawan Islam itu akan dikebumikan.
Sebelum ini Buya Syafii dilaporkan dirawat di sebuah hospital sejak 14 Mei lepas.
Beliau dikatakan mengadu sesak nafas.
Sementara itu pada Mac lepas juga beliau dirawat di hospital sama kerana mengalami serangan jantung ringan. – 27 Mei, 2022.
Komen