China dan Rusia pada Khamis menggunakan kuasa veto terhadap usaha usaha Amerika Syarikat (AS) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap Korea Utara.
Resolusi dikemukakan AS itu Resolusi yang digubal AS itu akan mengurangkan jumlah minyak yang boleh diimport Korea Utara secara sah setiap tahun sebagai hukuman kerana menguji peluru berpandu balistik antara benua pada Rabu.
Resolusi tersebut mendapat sokongan 13 anggota Majlis Keselamatan yang lain, walaupun beberapa sekutu AS tertanya-tanya mengapa Washington meneruskan undian walaupun tahu Beijing dan Moscow akan menentang.
Duta China ke PBB Zhang Jun berkata AS sepatutnya menggalakkanpenyelesaian politik, bukannya mengenakan sekatan.
Beliau memberi amaran bahawa sekatan hanya akan membawa kepada krisis kemanusiaan di Korea Utara, yang baru-baru ini mengumumkan jangkitan Covid-19.
Duta Rusia Vassily Nebenzia pula menuduh AS mengabaikan rayuan Korea Utara supaya menghentikan permusuhan.
“Nampaknya rakan-rakan kita AS dan Barat kita tiada jalan lain lain selain memperkenalkan sekatan baharu,” katanya.
Pentadbiran Presiden Joe Biden sebelum ini berulang kali berkata negaranya bersedia untuk berunding dengan Korea Utara tanpa prasyarat. – AFP, 27 Mei, 2022.
Komen