Di Peru, tahanan curi identiti kembar untuk lepaskan diri ditangkap semula


SEORANG tahanan yang melarikan diri dengan penuh dramatik dari sebuah penjara di Peru dengan bertukar tempat dengan adik lelaki kembarnya telah ditahan semula, kata polis pada Rabu.

Ketua Unit Penculikan Lima, Franco Moreno memberitahu AFP yang polis sudah menangkap tahanan itu di sebuah rumah di daerah Callao selepas setahun dia melarikan diri.

Katanya, Alexander Delgado,28, ditahan Isnin lalu selepas operasi risikan dijalankan berbulan lamanya.

Delgado, yang menjalani hukuman penjara 16 tahun kerana merogol dan merompak melepaskan diri dari penjara kawalan maksimum di Peru pada Januari tahun lepas selepas memberi dadah kepada adik kembarnya yang datang melawat dan mencuri pakaian dan kad pengenalannya.

Kembarnya, Giancarlo pada mulanya disyaki membantu Delgado melepaskan diri tetapi kemudiannya dibebaskan.

Moreno berkata penangkapan Delgado menyebabkan proses pengenalpastian tahanan diketatkan untuk mengelak kekeliruan di masa depan.

“Kami berharap sekarang yang dia akan diletakkan dalam bilik kurungan kawalan maksimum kerana kejadian itu,” kata Moreno. – AFP, 17 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen