25 maut operasi buru ketua kumpulan jenayah di Brazil 


Operasi memburu ketua kumpulan jenayah oleh pihak berkuasa Brazil kali ini dilancarkan pasukan keselamatan di Rio de Janeiro, selepas yang pertama kira-kira setahun lalu, mengorbankan 28 orang. – Gambar EPA, 26 Mei, 2022.

JUMLAH korban dalam operasi memburu ketua kumpulan jenayah yang dilancarkan polis Brazil kini meningkat kepada 25 orang, selepas tiga lagi disahkan terbunuh pada Selasa.

Operasi melibatkan polis persekutuan, polis lebuhraya dan tentera itu dilancarkan di Vila Cruzeiro yang terletak di kawasan kejiranan di Rio de Janeiro, lapor Xinhua.

Dalam operasi itu polis turut merampas senapang, pistol dan bom tangan serta sejumlah besar dadah, selain motosikal dan beberapa kenderaan lain.  

Operasi kali ini adalah yang kedua dilancarkan pasukan keselamatan di Rio de Janeiro, selepas yang pertama kira-kira setahun lalu, mengorbankan 28 orang. – Bernama, 26 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen