Dedah laporan kes pelajar UUM maut di asrama


KEJADIAN membabitkan seorang pelajar tahun dua perakaunan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ditemukan meninggal di dalam bilik asramanya pada Sabtu lalu amat mengejutkan.

Pihak UUM digesa melakukan siasatan yang terperinci, adil dan telus serta memaklumkan hasil laporan tersebut kepada ibu bapa dan keluarga mangsa dengan segera.

Cubaan melindungi atau menyembunyikan sebarang maklumat jika ada, hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Saya menggesa pihak UUM supaya menyediakan bantuan sokongan dengan memberikan khidmat kaunseling kepada ibu bapa dan keluarga mangsa.

Pihak UUM juga disaran untuk mengemaskini perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa dari semasa ke semasa.

Semua hasil laporan perlu didedahkan kepada umum dan dijadikan panduan kepada pihak UUM untuk mengenalpasti dan menyediakan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang pada masa depan. – 25 Mei, 2022.

* Nor Miswary Ramli penaung #KedahSepakat

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen