Biden kunjungi Maharaja Jepun


Pertemuan Presiden AS dan Maharaja Naruhito hari ini adalah yang pertama sejak kedua-dua mereka bertemu pada Disember 2013. – Gambar AFP, 23 Mei, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang kini dalam rangka lawatan ke Jepun turut mengadakan kunjungan ke atas Maharaja Naruhito, lapor Agensi Berita Xinhua.

Ketibaan Biden di perkarangan istana disambut Naruhito. Kedua-duanya yang memakai pelitup muka saling berjabat tangan sebelum masuk ke dalam istana.

Pertemuan pada Isnin itu adalah yang pertama sejak kedua-dua mereka bertemu pada Disember 2013 ketika Naruhito menjadi putera mahkota manakala Biden sebagai naib presiden di bawah pentadbiran bekas presiden Barack Obama. 

Selepas itu, Biden akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Fumio Kishida dengan topik perbincangan menjurus kepada isu keselamatan dan ekonomi. 

Biden tiba di Jepun pada Ahad untuk menghadiri sidang kemuncak AS-Jepun dan Sidang Kemuncak Empat Hala (The Quad). – Bernama, 23 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen