7 maut feri terbakar di Filipina


Seramai 105 orang berjaya diselamatkan dan enam penumpang dihantar ke hospital susulan sebuah feri terbakar ketika dalam perjalanan menuju ke wilayah Quezon di Pulau Luzon, Filipina. – Gambar AFP, 23 Mei, 2022.

SEBUAH feri membawa 124 penumpang dan 10 anak kapal terbakar pada Isnin ketika dalam perjalanan menuju ke wilayah Quezon di Pulau Luzon, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Pengawal Pantai Filipina (PCG).

Komodor Armand Balilo berkata kapal Mercraft 2 itu berlepas pada 5 pagi waktu tempatan dari bandar Polillo, di wilayah itu, menuju ke pelabuhan Real sebelum terbakar kira-kira 900 meter dari pelabuhan.

Kebakaran memaksa penumpang dan anak kapal terjun ke laut, 105 orang berjaya diselamatkan dan enam penumpang dihantar ke hospital. 

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Bernama, 23 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen