PERDANA Menteri baharu Australia, Anthony Albanese mengangkat sumpah jawatan hari ini beberapa jam sebelum berlepas ke Jepun untuk menghadiri persidangan antarabangsa di Tokyo.
Albanese, yang berkata Australia sanggup bekerjasama dengan dunia dalam isu perubahan iklim, akan menyertai satu sidang kemuncak esok bersama pemimpin Amerika Syarikat, Jepun dan India, dikenali sebagai Quad.
Perdana menteri berusia 59 tahun itu mengangkat sumpah pada satu majlis ringkas di Bangunan Kerajaan di Canberra.
Antara anggota Kabinet yang turut mengangkat sumpah jawatan pagi ini ialah Menteri Luar Penny Wong, yang akan mengiringi Albanese ke sidang kemuncak Quad, Ketua Perbendaharaan Jim Chalmers dan Menteri Kewangan Katy Gallagher. – AFP, 23 Mei, 2022.
Komen