Apa rancangan kerajaan pastikan bekalan makanan cukup, soal Kula


Ahli Parlimen Barat M Kula Segaran berkata peniaga ayam di pasar Ipoh berkata mereka akan mogok kerana tidak dapat untung selepas penetapan harga siling RM8.90 per kilogram oleh kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Mei, 2022.

APAKAH rancangan kerajaan untuk menjamin bekalan makanan dalam negara mencukupi, soal Ahli Parlimen Barat M Kula Segaran hari ini.

Bekas menteri sumber manusia itu menyuarakan kebimbangan susulan penutupan sementara beberapa ladang ternakan ayam serta penjual merancang untuk mogok.

Katanya, pengguna merungut bekalan ayam di pasaran berkurang dan beliau menggesa kerajaan untuk segera bertindak sebelum situasi menjadi lebih buruk.

“Semasa saya ke pasar di Ipoh, saya jumpa penjual yang berkata mereka akan mogok kerana tidak dapat untung selepas penetapan harga siling RM8.90 per kilogram oleh kerajaan.

“Mereka kata harga itu tidak patut kerana sama dengan harga kos, jadi untuk apa mereka berniaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kula juga berkata para menteri dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri tidak cekap serta lambat menangani isu ini.

“Kerajaan perlu bertindak segera dan memberikan subsidi dengan segera memandangkan keselamatan makanan adalah isu amat penting. Ia tidak boleh ditangguh hanya kerana menteri tidak cekap.

“Perdana menteri kena campur tangan dan lakukan sesuatu, tidak perlu tunggu menteri,” katanya.

Sebuah kilang pengeluar ayam di Jasin, Melaka dilaporkan tutup selama dua hari, menyebabkan masalah bekalan di beberapa negeri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya sudah menerima penjelasan syarikat pengeluar ayam terbabit bahawa tindakan itu perlu bagi membolehkan ayam menepati berat yang ditetapkan untuk dipasarkan iaitu 1.8kg.

Utusan Malaysia bagaimanapun melaporkan empat syarikat pengeluar ayam bercadang untuk menghentikan sementara operasi pada hujung minggu.

Mengulas lanjut, Kula berkata kerajaan sepatutnya telah bersedia dengan pelan keselamatan makanan bagi mengelakkan krisis makanan.

“Kerajaan juga patut tahu yang ekoran perkembangan di peringkat global, kita juga akan merasa kesan kekurangan bekalan makanan tidak lama lagi. Jadi apakah rancangan kerajaan?

“Perlu ada mekanisme untuk menangani masalah bekalan makanan. Kita terlalu bergantung kepada makanan yang diimport berjumlah RM50 bilion setahun.

“Keadaan ini berlaku walaupun negara mempunyai tanah yang mencukupi dan cuaca yang baik untuk agrikultur, serta potensi pertanian bandar dan pertanian vertikal,” jelasnya. – 22 Mei, 2022.   

Berita penuh di sini
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • I'm so happy to share this with you that can read / see this now. When I started trading binary and forex a few months ago, I really didn't have the necessary tools to trade and I lost a lot until I met Pablo Martinez who taught me all about market psychology as he managed my account for me. Today I am grateful to him for his great offer and help because it really changed my financial situation with an investment capital of $1500 and now I'm earning around $35,500 - $30,000 profits per week. Here is his WhatsApp no: +44 7520 636249 or his email address: [email protected]
    Https://www.facebook.com/PM-Fast-Trade-104912912155335/

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Nath Mary · Ulasan