Utusan khas AS gesa wanita Afghanistan diberi layanan adil


Wanita Afghanistan diarah memakai burqa yang menutupi seluruh muka dan tubuh mereka di khalayak ramai, serta dilarang menyertai sektor awam, pendidikan menengah dan mengembara sendirian. – Gambar EPA, 22 Mei, 2022.

UTUSAN khas ke Amerika Syarikat (AS) ke Afghanistan bertemu ketua diplomat Taliban semalam, menggesa layanan yang adil terhadap golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di negara itu.

Sejak kembali berkuasa tahun lalu, kerajaan Taliban mengenakan beberapa larangan yang kebanyakannya menyekat  hak wanita.

Awal bulan ini, pemimpin tertinggi Afghanistan mengarahkan wanita memakai burqa yang menutupi seluruh muka dan tubuh mereka di khalayak ramai.

Golongan wanita juga sebelum ini dilarang menyertai sektor awam, pendidikan menengah dan mengembara sendirian.

“Kanak-kanak perempuan mesti dibenarkan bersekolah semula, manakala bebas bergerak dan bekerja tanpa sekatan demi kemajuan dan kehidupan normal,” kata utusan khas AS Thomas West di Twitter selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Taliban Amir Khan Mutaqi di Qatar semalam.

Kestabilan ekonomi Afghanistan turut dibincangkan dalam pertemuan itu, kata West.

“Dialog akan diteruskan untuk menyokong rakyat Afghanistan.” – AFP, 22 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen