RUSIA semalam menyenaraikan 963 individu terkemuka Amerika Syarikat (AS) termasuk Presiden Joe Biden, Pengasas Facebook Mark Zuckerberg dan pelakon Morgan Freeman, yang dilarang memasuki negara itu
Beberapa pegawai kerajaan AS, ahli politik dan tokoh terkenal lain turut dimasukkan dalam senarai yang dimuat naik di laman web Kementerian Luar Rusia.
Moscow sebelum ini umum akan mengenakan sekatan yang menyasarkan kebanyakan individu dalam senarai tersebut terutamanya Biden, Setiausaha AS Antony Blinken, Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin dan Zuckerberg.
Freeman, yang sebelum ini tidak disenaraikan oleh Moscow, dituduh telah merakam video pada 2017 dan mendakwa Rusia merancang untuk menentang AS.
“Sekatan balas Rusia ini perlu dan bertujuan untuk mengekang AS yang cuba mengenakan perintah neokolonial di seluruh dunia untuk mengubah kedudukannya dan mengiktiraf realiti geopolitik baharu,” menurut kenyataan Kementerian Luar Rusia semalam.
Kenyataan itu berkata Moscow tetap terbuka kepada ‘dialog jujur’ dan membezakan antara rakyat AS dan pihak berkuasa ‘penghasut Russophobia’.
Moscow mengharamkan ratusan ‘Anglo-Saxon’ dari Rusia sejak pencerobohan di Ukraine
Semalam, Rusia juga melarang 26 lagi warga Kanada, termasuk isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie. – AFP, 22 Mei, 2022.
Komen